• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan AFC Tepat, Adil – Khairy

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali untuk aksi menentang Malaysia sebagai lokasi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 adalah tepat dan adil.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia juga akan bermain di gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik nanti.

“Itu memang keputusan tepat dan adil. Apa yang diharap keputusan yang dibuat AFC tidak akan mengganggu tarikh perlawanan lain,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani penajaan antara Westports Malaysia Sdn Bhd dan PRG Holdings Berhad dengan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hari ini.

Semalam, AFC mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B itu akan dilangsungkan pada 8 Jun berbanding jadual asal pada 28 Mac ini.

AFC juga meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali pilihan mereka dalam tempoh sebulan sehingga 14 April ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk menukar gelanggang perlawanan di Korea Utara pada 28 Mac ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur sebelum AFC bertindak menunda tarikh pertemuan itu. – BERNAMA

Tags: AFCKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd