• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Ri Jong-chol Mungkin Bersembunyi

oleh AK-47
04/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga ahli kimia Korea Utara Ri Jong-chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang menyembunyikan diri.

Ini susulan penangkapan Jong-chol oleh polis pada 17 Februari bagi membantu penyiasatan mengenai pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), empat hari sebelum itu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu berakhir esok.

Tinjauan Bernama di sebuah unit kondominium di Jalan Kuchai Lama, tempat tinggal terakhir keluarga itu, mendapati ia berkunci.

Menurut seorang jiran, isteri suspek dalam kes pembunuhan itu serta dua anak mereka, meninggalkan unit berkenaan secara tergesa-gesa beberapa jam selepas Jong-chol, juga seorang pakat IT, ditangkap.

“Saya tidak tahu mereka (keluarga Jong-chol) pergi ke mana. Isteri dan anak-anak Jong-chol pergi dengan tergesa-gesa. Kami masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Wartawan Bernama yang membuat tinjauan ke unit kediaman keluarga itu dan cuba mendapatkan maklumat tempat mereka mungkin berada, diiringi dua pengawal keselamatan, yang memberi amaran supaya tidak merakam sebarang gambar atau peralatan kamera akan dirampas.

Bernama difahamkan bahawa penduduk kondominium itu meminta kawalan keselamatan dipertingkatkan berikutan penangkapan Jong-chol.

Dua suspek lain, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, rakyat Vietnam, dikenakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang semalam, berhubung pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara yang hidup tersisih itu.

Menurut laporan, Jong-nam berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu mukanya dengan cecair toksik, yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf ‘VX’.

Jong-nam, yang dilaporkan meminta pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang selepas itu, segera diberi bantuan untuk dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

Mangsa tiba di Malaysia pada 6 Februari. – BERNAMA

Tags: Ri Jong-chol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuduh Polis Ugut Bunuh Famili Jika Enggan Mengaku

04/03/2017
0

BEIJING - Lelaki warga Korea Utara yang diusir mendakwa konon polis Malaysia ugut akan bunuh ahli keluarganya jika enggan mengaku...

Ri Jong-chol Disenarai Hitam Daripada Masuk Malaysia

03/03/2017
0

KUALA LUMPUR - 'Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd