• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Maut Bas Ekspres Terkejut Nahas

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Keluarga kepada ibu tunggal yang maut dalam kejadian bas ekspres terbabas dan terbalik di KM152, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Bukit Tambun, dekat sini hari ini terkejut dan tidak menyangka mangsa menaiki bas berkenaan.

Abang sulung mangsa, Mohd Ridzuan Azizan, 34, berkata beliau hanya mengetahui Norazah Azizan, 29, terlibat dalam kemalangan itu selepas ibu mereka, Zainab Jusoh, 55, menghubunginya pagi ini.

“Sebaik mengetahui kejadian itu, saya terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk membuat pengecaman.

“Arwah adik ke Kuala Lumpur bersama rakan untuk menghadiri kenduri kahwin kawannya.

“Dia langsung tidak beritahu bila akan balik sebab itu kami terkejut,” kata Mohd. Ridzuan, seorang askar, ketika ditemui pemberita di bahagian forensik HSJ, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi Isnin, enam turut cedera parah dan 14 cedera ringan.

Katanya, mereka sekeluarga redha dengan kejadian yang menimpa Norazah, anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dan berharap pemandu bas berkenaan dikenakan tindakan undang-undang setimpal.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kami hanya mengetahui dia hendak ke Kuala Lumpur sebelum Norazah hendak menaiki bas ekspres pada Khamis,” kata Mohd. Ridzuan.

Jenazah Norazah dibawa balik ke kampung halamannya dan dikebumikan di Kampung Gajah, Pendang, Kedah hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt. Shafee Abd. Samad berkata siasatan berhubung kemalangan itu telah siap dan pemandu bas berusia 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Jawi esok.

Katanya siasatan lanjut juga mendapati kemalangan itu berlaku selepas pemandu bas berkenaan cuba mengelak seekor anjing melintas di lebuhraya berkenaan. – BERNAMA

Tags: bas ekspresPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd