• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Najib Di Putatan Bagai ‘Satu Perayaan’

oleh
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN – Lebih 100 peniaga di Putatan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat pasar mingguan di daerah ini hari ini.

Malah, bagi seorang peniaga yang menjual bunga dan makanan tradisi Hasnah Abdullah, 57, kehadiran Perdana Menteri itu sangat istimewa bagi penduduk Putatan, ia bagaikan ‘satu perayaan’.

Sejak dimaklumkan pada Khamis lepas mengenai lawatan Najib ke pasar itu hari ini, beliau telah merancang untuk menghadiahkan pemimpin Nombor Satu negara itu dengan pokok bunga hiasan dipanggil ‘Bunga Api’ kerana bentuknya menyerupai bunga api berwarna merah.

“Dulu, saya pernah bekerja dalam bidang landskap dan menjumpai bunga ini. Saya mencuba untuk menanamnya dan selepas empat atau lima tahun, alhamdulillah, pokok ini berjaya menghasilkan bunga yang indah.

“Tentu sekali saya tidak berfikir panjang untuk menghadiahkan pokok ini kepada Perdana Menteri kerana peluang bertemu dengannya sangat luar biasa dan istimewa bagaikan satu perayaan yang patut disambut dengan pertunjukan bunga api,” katanya.

Bagi Chabeng Malena, 58 yang menjual sayuran, beliau sukar menahan kegembiraannya bersalaman dengan Najib ketika Perdana Menteri singgah di gerainya.

“Saya seronok dan gementar semasa bersalaman dengan Datuk Seri Najib. Ia bagaikan mimpi. Mungkin saya tidak akan basuh tangan saya sebab teruja dapat bertemu dan bersalaman dengannya,” katanya.

Wanita itu, yang berniaga sayur-sayuran sejak 25 tahun lalu, berkata beliau juga terharu apabila Najib membuka perbualan dengan bertanyakan mengenai sayuran yang dijualnya yang diambil daripada pembekal sayuran di Keningau, Kundasang, Lok Kawi, Kota Marudu dan Kepayan.

“Macam tidak percaya apabila beliau (Najib) bercakap dengan saya sebab siapa sangka pemimpin yang kita selalu nampak dalam televisyen dan surat khabar berada depan kita,” katanya.

Najib tiba di pasar itu kira-kira 4.10 petang dengan memandu sendiri kenderaan Range Rover berwarna hitam dengan plat pendaftaran tertera “PERDANA MENTERI”, sambil diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, yang juga anggota dewan undangan negeri kawasan Petagas.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan peniaga dan pembeli di pasar berkenaan dan turut membeli pisang goreng dan jeruk buah ‘bambangan’ iaitu sejenis buah mangga yang digemari kebanyakan penduduk Sabah dan sering dimakan dengan cili padi, ikan masin dan nasi.

Beliau kemudiannya memandu sendiri ke tempat penginapannya dan akan menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Najib memulakan lawatan dua hari ke Sabah semalam dengan merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di Sandakan dan kemudiannya mengadakan tinjauan mesra di Harbour Square, Sandakan sebelum berangkat ke Kota Kinabalu untuk menghadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO Negeri.

Pagi tadi, beliau merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sipitang di Sindumin sebelum mengadakan tinjauan mesra di pasar mingguan Putatan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakpasarSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd