• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul: Kecoh Tukang Masak ‘Menjerit’ Dijel 15 Bulan

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit.

Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh Mohd. Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu.

“Aku bersumpah aku tak buat, apa akan jadi pada anak-anak aku, aku malu,” jerit bapa kepada enam orang anak itu sebelum ditenangkan oleh tiga anggota polis.

Semasa menyampaikan keputusannya, hakim berkata hukuman penjara sehari diputuskan Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas terhadap Mohd Yunus adalah tidak memadai.

Mahkamah tidak boleh memaafkan perbuatan tertuduh yang melepaskan nafsu ke atas kanak-kanak lelaki, katanya selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling yang berhujah bahawa hukuman penjara sehari itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Hakim Che Mohd Ruzima dalam pada itu mengekalkan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu yang dikenakan Mahkamah Majistret ke atas tertuduh.

Mohd Yunus didakwa mencabul budak lelaki berusia 12 tahun itu tanpa kerelaan di tandas lelaki sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, kira-kira 3.30 petang, pada 18 November 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam M. Kathan yang mewakili tertuduh, meminta mahkamah mengekalkan hukuman penjara sehari itu kerana anak guamnya perlu menanggung isteri dan enam anak, menghidap kencing manis kronik serta mengalami tekanan jiwa sejak menghadapi pertuduhan itu. – BERNAMA

Tags: kes cabultukang masak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawatan Petugas Olimpik Beijing 2022 Cetus Tular

Next Post

Terapi Api Untuk Kurangkan Berat Badan

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Terapi Api Untuk Kurangkan Berat Badan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd