• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Benar Debat Antara Nazri-Dr. Mahathir

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membenarkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.

“Sudah dibuat (permohonan) dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong,” katanya kepada pemberita pada perasmian Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri di Penjara Simpang Renggam, di sini.

Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, dilaporkan sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

Menyentuh perkara lain, Nur Jazlan mendedahkan setakat bulan ini sahaja, sejumlah 17,000 daripada 50,000 banduan telah dibebaskan melalui sistem parol di seluruh negara kerana telah menunjukkan tatatertib yang baik sewaktu pemulihan dalam penjara.

Menurutnya, sebanyak 800 lagi pula sedang mengikuti sistem itu.

“Walaupun angka itu nampak besar tetapi sebenarnya program ini (parol) kurang mendapat sambutan daripada keluarga banduan.

“Ini kerana kebanyakan keluarga masih lagi trauma akan sikap jenayah banduan dan tidak yakin banduan berkenaan boleh pulih sepenuhnya,” katanya.

Berikutan itu, beliau berharap Yayasan Koreksional yang dilancarkan sempena majlis itu dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran serta memulihkan banduan menerusi pelbagai program.

“Program-program ini bertujuan memberi latihan kepada kakitangan Jabatan Penjara untuk menjadi pengajar bagi melahirkan banduan yang memiliki kemahiran.

“Ia penting agar banduan menjalani kehidupan baharu selepas menjalani hukuman atau disebabkan tidak diterima balik oleh keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizdebatMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd