• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Mandah Terima Kunjungan Kerabat Diraja

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Keseronokan dan keterujaan menyambut keberangkatan kerabat diraja Perak ke Kampung Mandah di sini untuk majlis santapan bersama rakyat menyebabkan ada penduduk yang sanggup mengambil cuti untuk membantu memasak hidangan.

Kampung tersebut merupakan satu daripada lokasi di negeri ini yang menjadi pilihan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama rombongan kerabat diraja Perak untuk dilawati bersempena Tahun Melawat Perak 2017.

Menurut Ketua Kampung Mandah, Motridy Mohd. Shah, 61, lawatan kerabat diraja Perak itu dianggap sebagai peristiwa bersejarah buat seluruh penduduk kampung.

Katanya antara sajian yang dimasak untuk majlis tersebut adalah ikan patin masak gulai tempoyak, ikan jelawat dan talapia bakar, pecal serta rendang pedas.

“Menjadi kebiasaan di kampung ini jika ada majlis kami akan masak sendiri. Kami mula masak sejak 6 petang semalam bagi meraikan kehadiran keluarga diraja ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lawatan seharian Raja Nor Mahani dan Tunku Soraya bermula pada 8.45 pagi di Pekan Lama Ipoh tertumpu di lokasi tarikan pelancong dan melihat lukisan mural di sekitar ‘Concubine Lane’ sebelum bersarapan di restoran Plan B.

Rombongan kerabat diraja itu kemudiannya berangkat ke Lembah, Kuala Kangsar bagi menaiki bot dari Lembah ke Kampung Mandah untuk menghadiri Majlis Santapan Bersama Rakyat di sana.

Rombongan tiba di kampung berkenaan pada 2 petang bagi menikmati santapan tengah hari bersama hampir 400 penduduk kampung.

Seterusnya rombongan berkenaan berangkat melawat Zoo Taiping pada 5 petang selepas santap di Restoran Yat Sun iaitu sebuah kedai makan yang terkenal dengan hidangan mi Hailam sebelum berangkat pulang ke Ipoh pada 7.45 malam ini. – BERNAMA

Tags: Raja Nor MahaniTunku Soraya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd