• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jong-nam: Wartawan Bingung Di HKL

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wartawan tempatan dan asing yang ‘berkampung’ di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat mayat Kim Jong-nam diletakkan, bingung dengan keadaan kes itu kebelakangan ini.

Kira-kira 4.00 petang Isnin, kakitangan HKL mengangkut semula segala kemudahan disediakan sebelum ini kepada media yang membuat liputan kes Jong-nam.

Pada 24 Februari lepas, HKL mendirikan khemah dan menyediakan kerusi serta meja kepada wartawan.

Ketika wartawan bertanyakan pekerja HKL mengapa mereka menarik balik semua kemudahan tersebut, pekerja itu meminta media merujuk perkara berkenaan kepada penyelia mereka.

“Saya diarahkan oleh pegawai atasan untuk mengambil kembali semua kemudahan ini,” kata kakitangan terbabit.

Namun, pada pukul 5 petang, kakitangan itu kembali mendirikan semula khemah yang sebelum itu diturunkan.

Bingung dengan keadaan itu, wartawan menyoal pekerja terbabit.

“Pengarah menghubungi kami supaya mendirikan semula khemah untuk media,” kata sumber HKL kepada Bernama.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas oleh dua wanita warga asing menggunakan agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu, dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, namun meninggal dunia dalam perjalanan.

Beliau dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Februari, menggunakan nama Kim Chol pada pasport. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Namwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd