• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Negeri Keempat Tertinggi Catat Kes Denggi

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor merupakan negeri keempat tertinggi mencatatkan kes denggi iaitu sebanyak 1,169 kes bagi tempoh awal tahun hingga 5 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kedudukan itu, bagaimanapun jauh lebih baik berbanding Selangor yang mencatatkan sebanyak 8,387 kes, Perak (1,369 kes), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,285 kes).

Dari segi kematian disebabkan wabak itu pula, Johor berada di tangga kelima dengan empat kematian. Dua daripada kematian itu dilaporkan berlaku di Johor  Bahru dan masing-masing satu di Segamat dan Kluang.

Menurutnya, negeri tertinggi mencatatkan kematian akibat wabak berkenaan adalah Selangor dengan 10 kes, disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sembilan kes dan Perak serta Negeri Sembilan masing-masing lima kes.

“Mengikut statistik daerah, Johor Bahru masih mencatatkan kes tertinggi dalam negeri iaitu sebanyak 873 kes denggi atau 75 peratus, diikuti Segamat dengan  57 kes (lima peratus), Kulai dan Kota Tinggi masing-masing 53 kes (empat peratus) serta daerah-daerah lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun secara keseluruhan, kes denggi yang dilaporkan di Johor menurun sebanyak 250 peratus berbanding 4,149 kes dalam tempoh sama tahun lepas, tambahnya.

Penurunan itu disebabkan usaha berterusan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam menjayakan program Search and Destroy dan juga aktiviti Gerak Tumpu Bersepadu oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) serta gotong-royong di kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain juga menyumbangkan tenaga dan usaha membantu mengambil tindakan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara konsisten dan tanpa jemu,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd