• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jengka Green Bakal Ubah Lanskap Bandar Tun Razak

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Projek pembangunan Jengka Green yang meliputi kediaman jenis pangsapuri, hotel dan lot perniagaan bernilai RM330 juta bakal merubah lanskap Bandar Tun Razak yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka.

Pengerusi Persada Semangat Sdn Bhd, pemaju projek tersebut, Datuk Seri Othman Mohamed berkata projek yang bermula Oktober tahun lalu dan dijangka siap pada 2020 merupakan projek pertama seumpamanya di bandar perladangan kelapa sawit itu.

“Projek ini melibatkan kawasan seluas empat hektar melibatkan pembinaan 642 unit kediaman pangsapuri, hotel tiga bintang dengan 176 bilik dan 22 unit lot perniagaan serta 36 lot kedai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan galeri jualan Jengka Green di sini, hari ini.

Othman berkata pemilihan bandar Jengka sebagai tapak pembinaan projek tersebut dilakukan selepas mengambil kira permintaan penduduk yang mahu lebih banyak pilihan di situ dan ketiadaan hotel selain hotel bajet.

Sedangkan, katanya, kawasan ini semakin menjadi tumpuan khususnya selepas pembinaan Stadium Tun Abdul Razak selain mempunyai beberapa pusat institusi pengajian tinggi dan hospital.

“Ini membuatkan kami berani menyahut cabaran membangunkan Jengka Green dengan usaha sama Majlis Daerah Maran.

“Setakat ini, permintaan yang diterima amat menggalakkan walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar dan situasi pasaran hartanah agak perlahan,” katanya.

Menurut Othman, pangsapuri setinggi 10 tingkat itu terdiri daripada tiga jenis iaitu jenis A seluas 1,173 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, jenis B dengan keluasan 934 kaki persegi, dua bilik tidur dan satu bilik air serta jenis C yang berkeluasan 883 kaki persegi, satu bilik tidur dan satu bilik air.

Pangsapuri tersebut yang mempunyai kemudahan balkoni, tempat letak kereta, kolam renang, gimnasium, surau, dua taman termasuk sebuah padang permainan kanak-kanak dan kawalan keselamatan berharga antara RM250,000 hingga RM300,000.

Beliau berkata, sesuai dengan namanya, Jengka Green yang terletak 26 kilometer dari Plaza Tol Chenor itu menitikberatkan konsep kehijauan dengan mengekalkan lebih 70 peratus kawasan hijau di persekitarannya. – BERNAMA

Tags: Jengka Green
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Polis Didakwa Sebabkan Kematian Anak Tiri

Next Post

Tutup Kedutaan Hanya Bantut Usaha Selesai Isu Rohingya

Related Posts

No Content Available
Next Post

Tutup Kedutaan Hanya Bantut Usaha Selesai Isu Rohingya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd