• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Jumpa Pahang Di Suku Akhir Piala FA 2017

oleh Ahmad Albab
12/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan Pahang apabila kedua-dua pasukan diundi bertemu di suku akhir Piala FA.

JDT akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk perlawanan pertama sebelum melayani kunjungan Pahang pada aksi kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pertemuan ini dianggap paling menarik daripada empat aksi suku akhir Piala FA edisi ini kerana membabitkan dua pasukan dalam kelompok atas Liga Super
ketika ini. JDT kini berada di kedudukan ketiga liga, satu tangga di belakang Pahang.

Pada majlis undian hari ini, juara tiga kali, Kedah pula diundi bertemu pasukan sedang meningkat naik, PKNP FC pada aksi pertama di Stadium Darul Aman, Kedah.

Terengganu pula akan berdepan pasukan kedua tercorot Liga Super, Sarawak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Sabah akan bertemu peneraju takhta Liga Perdana 2017, Negeri Sembilan di Stadium Likas, bagi aksi pertama masing-masing.

Aksi suku akhir Piala FA dijalankan secara timbal balik dengan perlawanan pertama dijadual berlangsung pada 31 Mac dan 1 April manakala aksi kedua pada 21 dan 22 April.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata setiap pasukan yang layak ke suku akhir perlu dihormati dan menggesa anak buahnya terus mengekalkan rentak cemerlang pada setiap perlawanan.

“Kami perlu menghormati setiap pasukan yang layak ke peringkat suku akhir ini. Saya harap semua pemain saya dapat mengekalkan fokus serta disiplin yang tinggi pada setiap perlawanan.

“Sudah tentu kami juga perlu meningkatkan tahap permainan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita pada majlis undian tersebut. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

SUASANA di sebuah kedai mamak di Desaru bertukar luar biasa malam tadi apabila Pemangku Sultan Johor dilihat santai bersama keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd