• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIM Tahan 3 Pasangan Remaja Disyaki Berkhalwat

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga pasangan remaja ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kedai makan terbiar di Jalan Plaza Mahkota di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata pasangan terbabit yang berusia antara 17 dan 27 tahun ditahan ketika sedang tidur di dalam premis berkenaan dalam serbuan kira-kira 9.30 pagi tadi.

“Serbuan dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat orang awam berhubung terdapat kegiatan tidak sihat di kawasan berkenaan dan ketika serbuan premis kedai makan tersebut berkunci serta tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

“Anggota penguat kuasa JAIM dengan bantuan polis telah menyerbu masuk ke premis itu melalui tingkap di bahagian belakang yang dipercayai menjadi laluan pasangan remaja ini untuk keluar dan masuk ke kedai tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata maklumat awal mendapati kedai makan terbiar milik persendirian itu turut dijadikan sarang menghidu gam selain aktiviti tidak bermoral lain sejak dua bulan lepas.

Katanya siasatan juga mendapati beberapa remaja daripada kumpulan berkenaan telah ditahan JAIM sebelum ini kesalahan sama dengan menyasarkan bangunan kosong atau terbiar sebagai sarang untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Rahimin berkata semua yang ditahan itu tidak bersekolah atau mempunyai pekerjaan tetap dan mereka dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.

“Kita juga menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah sosial agar merujuk pada agensi berkaitan seperti JAIM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan khidmat kaunseling,” katanya.

Beliau turut meminta pemilik premis kosong atau terbiar melakukan pemeriksaan ke atas premis masing-masing agar tempat terbabit tidak dijadikan sarang aktiviti tidak sihat. – BERNAMA

Tags: JAIMkes khalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

Bekas Kakitangan JAIM Didenda RM50,000 Tipu Guru

25/07/2024
2

MELAKA – Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis,...

JAIM Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

03/04/2022
0

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di negeri ini jika dikesan membawa rokok sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd