• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Pemandu Cuai: Isteri Mangsa Hamil 4 Minggu

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu yang dialami Norashikin Abdul Halim, 26, apabila terpaksa menghadapi kenyataan mengenai suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang maut dalam kemalangan di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi Selasa.

Lebih menyedihkan lagi apabila, Norashikin dilaporkan kini hamil empat minggu dan cahaya matanya itu tidak sempat merasai kasih sayang daripada ayahnya sendiri.

Bapa Mohamad Fandi, Rosli Lin, 56, berkata, keluarganya berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas remaja berkenaan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Norashikin yang kini bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang, Selangor dan anak sulung saya itu baru berkahwin Disember tahun lalu.

“Menantu saya itu sedang mengandung… kini suaminya sudah tiada. Apa yang berlaku ini tentu sukar diterimanya yang kehilangan suami dan seluruh keluarga kami. Apa pun kami reda,” katanya.

Baca: Lelaki Maut Dirempuh Remaja Mabuk Melawan Arus

Ibu Mohamad Fandi, Noor Suriani Ismail, 47, berkata, menantunya, Norashikin merancang pulang ke rumah mereka itu pada 19 Mac ini untuk menghadiri kenduri seorang rakan di Alor Setar, Kedah.

“Bagaimanapun, hasrat arwah membawa isterinya itu ke majlis kenduri kawan mereka tidak kesampaian,” katanya.

Media tempatan melaporkan, Norashikin sebak apabila mengimbau kembali kisah suaminya yang berkeras tidak mahu menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.

Pasangan tersebut baharu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.

Insiden Pemandu Cuai: Isteri Mangsa Hamil 4 Minggu

Katanya, kebiasaannya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini, namun suaminya beriya-iya meminta dia pulang sendiri ke ibu negara kali ini.

“Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.

“Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik apabila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan. Sekarang saya tahu kenapa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi, Mohamad Fandi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya, Pulau Pinang dalam perjalanan balik ke rumah keluarganya.

Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth.

Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal.

Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

Jenazah Mohamad Fandi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Asam, di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 7 malam tadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cuaihamilisteripemanduPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerana Maggi, Pelajar MRSM Dibelasah Separuh Mati

Next Post

Piala Asia: Malaysia-Korea Utara 8 Jun Venue Berkecuali

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

04/03/2025
1

SHAH ALAM: Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya pada...

Next Post

Piala Asia: Malaysia-Korea Utara 8 Jun Venue Berkecuali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd