• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husni Bertanding Calon Bebas Hanya Spekulasi

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Desas-desus Anggota Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanyalah spekulasi semata-mata.

Menegaskan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bertujuan untuk mengambil kesempatan di atas kedudukan Ahmad Husni yang tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Saya anggap golongan (pembangkang) cuba menangguk di air yang keruh dengan sengaja mengada-adakan cerita seperti itu…biasalah pembangkang.

“Tetapi, mengenali Datuk Seri Husni, ia tidak datang daripada mulut sumber, saya menganggap isu ini hanya spekulasi kerana saya tidak fikir dia akan berbuat demikian,” katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun di sini hari ini.

Ahmad Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun tahun lalu sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.

Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam UMNO di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tambun kini dipangku oleh timbalannya Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta.

Dalam pada itu, Zambry yakin kerusi Parlimen Tambun terus kekal milik Barisan Nasional (BN) berdasarkan gerak kerja yang tersusun dan perpaduan kukuh di peringkat bahagian.

“Secara keseluruhannya, tidak ada masalah besar melibatkan UMNO Bahagian Tambun dan saya difahamkan hubungan mereka dengan Anggota Parlimen itu juga berjalan seperti biasa dan tidak ada masalah.

“Saya yakin dengan kesepaduan yang ditunjukkan oleh anggota parti, kerusi Parlimen Tambun akan terus kekal menjadi milik BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Husni HanadzlahZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tolonglah Tok Lebai Solatkan Dia” – Nik Abduh

Next Post

Amar Bahrin Larang Amyra Rosli Berlakon

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Next Post

Amar Bahrin Larang Amyra Rosli Berlakon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd