• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hosni Mubarak Bebas Dari Tahanan

oleh Ahmad Albab
25/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada 2011 meninggalkan hospital tentera pada Jumaat selepas dibebaskan daripada enam tahun dalam tahanan.

Ia merupakan pembebasan bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 30 tahun.

Mubarak telah dibebaskan oleh mahkamah pada awal bulan ini daripada tu­duhan membunuh ratusan penunjuk perasaan pada 2011.

“Ya,” kata peguamnya, Farid al-Deeb kepada AFP ketika ditanya sama ada Mubarak telah meninggalkan hospital pada Jumaat.

Tambah peguamnya, Mubarak telah pulang ke kediamannya, iaitu sebuah vila di daerah Heliopolis di Kaherah.

Mubarak dituduh menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika pemberontakan selama 18 hari yang menyaksikan hampir 850 orang terbunuh selepas pertempuran dengan polis.

Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2012, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula sebelum membatalkan dakwaan itu dua tahun kemudian.

Mah­ka­mah Ra­yuan Mesir membebaskan Mubarak daripada tu­duhan itu pada 2 Mac lalu.

Pada Januari 2016, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Mubarak dan dua anak lelakinya atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun hukuman itu telah mengambil kira tempoh hukuman yang telah dijalaninya. Kedua-dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal telah dibebaskan.

Pada Khamis, mahkamah mengarahkan siasatan baharu berhubung kes rasuah terhadap Mubarak yang didakwa menerima hadiah daripada akhbar milik pemerintah, Al-Ahram.

Beliau juga dilarang ke luar negara. – AFP/mStar Online

Tags: Hosni MubarakMesir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd