• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasilkan Lebih Banyak Jenis Orkid Baharu

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penanam perlu mengusahakan lebih banyak jenis orkid baharu demi memastikan eksport hasil tani itu terus berkembang.

Menyarankan demikian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata usaha itu juga untuk menentukan orkid keluaran negara mampu bersaing dengan bunga-bungaan lain.

Beliau menarik perhatian eksport orkid Malaysia ke luar negara meningkat kepada RM13.2 juta pada tahun lepas berbanding RM11.9 juta pada 2015.

“Orkid ini merupakan salah satu anugerah ciptaan Tuhan yang diberikan kepada kita (Malaysia). Ia boleh tumbuh subur (dengan iklim Malaysia) tetapi memerlukan sedikit kemahiran dari segi penjagaan.

“Saya mengharapkan orkid akan menjadi bukan sahaja tanaman hobi tetapi menjadi industri yang boleh menjana pendapatan (kepada penanam),” katanya.

Ahmad Shabery bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Orkid dan Flora 2017 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, malam ini.

Hadir sama Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Mengulas mengenai pesta berkenaan, Ahmad Shabery berkata FAMA menjangkakan kira-kira 500,000 pengunjung ke pesta itu yang berlangsung selama 10 dari bermula semalam hingga Sabtu depan.

Beliau berkata pesta berkenaan yang disertai 200 pempamer mampu mencatat jualan sebanyak kira-kira RM3 juta sama seperti tahun lepas.

“Walaupun pempamer mungkin berhadapan beberapa cabaran kerana cuti sekolah telah habis namun saya yakin mereka masih mampu mencatat jualan yang tinggi kerana ini adalah pesta orkid terbesar di Kelantan ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyFiesta Bunga Orkid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Ucap Tahniah Kepada TMJ Jadi Presiden FAM

Next Post

Sultan Johor Dakwa Ditawar Rasuah RM2 Juta

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

Next Post

Sultan Johor Dakwa Ditawar Rasuah RM2 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd