• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hariff Ingin Tebus Kecewa Pada Tour De Thailand

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pelumba pecut negara Mohd Hariff Salleh tekad untuk meraih kemenangan dengan menaiki beberapa podium dalam siri jelajah Thailand yang bakal membuka tirai perlumbaan, Sabtu ini.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu berkata sasaran yang diletakkan itu bagi menebus kekecewaan selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam Le Tour De Langkawi Februari lalu.

Katanya perlumbaan ini juga menjadi pengukur kepada stamina dan momentumnya selepas mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika saingan LTdL lepas.

“Fokus saya sekarang untuk menaiki podium bagi membangkit kembali semangat saya selepas pulih daripada kecederaan dan ini perlumbaan pertama selepas LTdL tempoh hari.

“Setakat ini momentum dan stamina saya berada pada paras terbaik dan saya yakin mampu memberi saingan dengan pelumba lain,” katanya kepada Bernama.

Pakar pecut berusia 29 tahun ini berkata antara pasukan yang memberikan cabaran sepanjang enam peringkat perlumbaan itu termasuk pasukan dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurutnya perlumbaan ini agak mencabar mental dan fizikal selain laluan yang panjang serta agak mencabar dan sokongan rakan sepasukan juga amat ditagih.

Selain Hariff lima lagi pelumba negara yang akan menggalas cabaran Malaysia pada cabaran itu termasuk Nur Amirul Fakhruddin Mazuki. – BERNAMA

Tags: lumba basikalSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

RM55 Juta Program Pembangunan Sukan

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Bajet 2021 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan pengkhususan kepada sukan berprestasi tinggi apabila kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd