• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan 11 sen harga gula pasir putih bertapis kasar berkuat kuasa 1 Mac lalu berpunca daripada kenaikan harga gula mentah yang diimport, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata pada 2013, harga gula mentah import ialah AS$0.15 bagi setiap 0.45 kilogram (kg) (nilai pertukaran ketika itu AS$1=RM3.20) berbanding harga baharu AS$0.21 bagi jumlah yang sama sekarang.

“Bermakna harga import itu sudah bertambah daripada perkiraan hampir 100 peratus dari harga mentah yang diimport dari luar negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.84 sekilogram.

Hamzah berkata secara keseluruhan kenaikan harga gula sebanyak 11 sen per kg iaitu 3.8 peratus daripada harga asal tidak memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.

“Peningkatan itu adalah paling minimum dan pengguna perlu mengambil langkah mengurangkan penggunaannya. Setahun penggunaan gula bagi setiap seorang rakyat Malaysia ialah 25kg berbanding yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sembilan kilogram setahun.

“Sekiranya pengguna menurunkan peratusan gula dalam semua makanan mereka, maka dengan pertambahan 3.8 peratus harga gula, ia tidak akan memberi kesan besar,” kata Hamzah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudingula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ditipu RM4 Sehari, Lelaki Amuk Pecahkan Premis

Next Post

6 Ditahan, Dadah Bernilai RM54,000 Dirampas Di Maran

Related Posts

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

30/06/2024
1

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu...

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

06/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat,...

Next Post

6 Ditahan, Dadah Bernilai RM54,000 Dirampas Di Maran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd