• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Sekolah Antara 9 Ditahan Terbabit Daesh

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan lelaki termasuk seorang guru sekolah rendah yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan Daesh ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor.

Suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac lepas ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang.

“Suspek merupakan salah seorang anggota sel kumpulan Telegram ‘Gagak Hitam’ (Sel Kumpulan pengganas Daesh yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong).

Suspek mengaku terlibat dalam penyaluran dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi bagi kegunaan Daesh di Syria,” katanya dalam kenyataan di sini.

Khalid berkata susulan daripada operasi itu polis menahan dua lelaki, masing-masing berumur 37 dan 39 tahun pada 16 Mac lepas di Kulim, Kedah dan di Ipoh, Perak.

Menurutnya seorang suspek itu bekerja sebagai guru sekolah rendah dan seorang lagi sebagai pengawal keselamatan.

“Suspek yang bekerja sebagai guru itu mengaku menyebarkan ideologi salafi jihadi kumpulan Daesh melalui Facebook bagi merekrut anggota menyertai Daesh,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai telah merancang untuk menyusup keluar dari Malaysia bagi mebolehkannya menyertai kumpulan militan Daesh di Syria atau di Selatan Filipina.

Sementara itu, dua lagi suspek ditahan pasa 17 Mac lepas ditahan di Perak masing-masing berumur 31 dan 28 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan dan seorang lagi pemilik kedai veterinar.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah merancang untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah, Perak dan telah menghubungi dengan anggota Daesh di Indonesia bagi mendapatkan bahan-bahan letupan yang akan digunakan dalam serangan itu.

“Suspek juga mempunyai hubungan dengan bekas anggota Daesh di Poso, Indonesia dan aktif merekrut rakyat Malaysia,” katanya.

Khalid berkata tangkapan seterusnya membabitkan seorang mekanik berumur 32 tahun di Kuala Krai, Kelantan pada 20 Mac.

“Suspek disyaki menyalurkan dana untuk kumpulan Daesh di Syria dan mempunyai hubungan dengan seorang anggota Daesh di negara ini yang kini telah berada di Syria,” katanya.

Menurutnya tangkapan terakhir pada Selasa lepas membabitkan tiga lelaki, msing-masing di Kota Bharu, Kelantan; Segamat dan Kota Tinggi, Johor.

Khalid berkata suspek di Kelantan yang berusia 46 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti merekrut anggota Daesh manakala suspek yang ditahan di Segamat berumur 20 tahun dan bekerja di sebuah kafe siber.

Manakala suspek ketiga yang ditahan di Kota Tinggi berusia 20 tahun bekerja di sebuah resort.

“Individu kedua dan ketiga disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh di Malaysia,” katanya.

Khalid berkata kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan jenayah di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurus Ladang Didakwa Eksploitasi 15 Buruh Paksa

Next Post

Video: Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Video: Pembantu Rumah Dirasuk 'Nenek Bongkok'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd