• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gegar Vaganza ‘Islamik’ Papar Konsep Dakwah

oleh
29/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH kejayaan pertandingan nyanyian retro Gegar Vaganza yang berlangsung selama tiga musim, kini pihak Astro muncul dengan satu lagi pembaharuan.

Masih mengekalkan penyertaan bagi para penyanyi profesional, pembaharuan ini bagaimanapun memberi nafas baharu kepada konsep pertandingan seni suara tersebut.

Kali ini, para penyanyi tidak akan membawa lagu-lagu bergenre pop, rock mahupun dangdut seperti sebelum ini, sebaliknya mereka yang bertanding akan membawakan lagu-lagu berkonsep dakwah dan ketuhanan.

Dinamakan Gema Gegar Vaganza, para peserta yang masuk bertanding termasuklah kumpulan-kumpulan nasyid terkemuka Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC.

Penyanyi solo yang bakal menyertai pertandingan tersebut pula termasuklah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda dan Azmi Caliph Buskers.

Menurut laporan portal mStar, pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, program itu turut membariskan 10 peserta bagi bersama-sama berentap untuk merebut gelaran juara.

“Untuk penganjuran kali pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza akan digegarkan oleh barisan penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air selain mempunyai portfolio seni yang hebat.

“Diinspirasikan oleh sambutan hangat Gegar Vaganza, pertandingan ini turut menerapkan format dan konsep sama dengan elemen yang sinonim seperti persembahan pembukaan oleh pengacara dan kejutan,” katanya.

Gema Gegar Vaganza disiarkan secara langsung selama lapan minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras di ibu negara bermula 8 April ini menerusi beberapa saluran Astro setiap hari Sabtu, pada jam 9 malam.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berharap Gema Gegar Vaganza dapat menjadi satu medium bagi menyampaikan mesej dakwah yang berkesan.

Atas dasar tersebut, Astro turut memperkenalkan program itu namun bersifat lebih terbuka dan komtemporari sesuai dengan kehendak masa kini.

“Jika kita perhatikan, kini terdapat banyak lagu berunsur ketuhanan dan nasihat yang boleh kita ketengahkan.

“Kami berharap dengan pendekatan diketengahkan masyarakat akan membuka mata dan minda seterusnya mengiktiraf bahawa lagu yang membawa mesej positif dan berunsurkan Islamik tidak hanya terhad pada genre muzik nasyid sahaja,” katanya.

Dalam tukilan laporan mStar, Ahmad Fuad turut berkata, setiap peserta perlu tampil bebas memilih apa sahaja genre namun ia mestilah mengandungi unsur nasihat dan aksi serta pemakaian selari dengan ajaran Islam.

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh tiga juri profesional berdasarkan kriteria pemarkahan yang ditetapkan.

“Kerusi panas juri pula akan diduduki oleh dua orang juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah, seorang komposer dan penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan Islam.

“Beliau akan ditemani oleh Oki Setiana Dewi, seorang pelakon Indonesia yang berpengaruh dan aktif dalam hal-hal berkaitan keagamaan di Indonesia manakala, seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu,” katanya.

Siti Nordiana, Achey daripada kumpulan Bocey dan Fikri (Lawak Solo) akan diberi kepercayaan penuh sebagai hos program, menurut laporan mStar.

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.

Manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi dan rempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: astroGegar Vaganza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jambatan Di Kampung Semerbok, Kota Terputus

Next Post

Penempatan Khas Penagih Dadah Di Pulau Terengganu

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

Next Post

Penempatan Khas Penagih Dadah Di Pulau Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd