• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gantung Anak Tidak Siap Kerja Sekolah

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Mendidik anak supaya mereka sentiasa menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah mungkin memberi cabaran besar kepada ibu bapa.

Seorang bapa di barat China mungkin sudah habis ikhtiar bagi memastikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di rumah.

Lelaki berasal dari Meishan di wilayah Sichuan itu dirakamkan menggantung anaknya beberapa sentimeter di atas sungai sebagai denda kerana tidak membuat kerja sekolah.

Video yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak itu diikat pada tali dan diturunkan ke sungai dari tebing.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kelihatan ketakutan dan merayu bapanya supaya berhenti.

Bagaimanapun, lelaki itu menggantung anaknya di atas permukaan air dan memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja matematik.

Lelaki itu juga menyoal beberapa soalan matematik kepada anaknya yang masih tergantung.

Lebih 10 penduduk berada di tepi sungai berkenaan dan melihat lelaki itu mendenda anaknya.

Video itu yang tersebar di media sosial di China mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna Internet dengan ada yang menyokong dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan.

“Saya pasti budak lelaki itu akan menjadi pelajar yang rajin dan sering menyiapkan kerja sekolah,” kata seorang pengguna.

Namun, seorang pengguna pula bimbang kanak-kanak itu mungkin trauma, sekali gus mengganggu proses pembelajarannya. – Agensi/myMetro Online

Tags: dendaIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd