• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Ikan Jerung Tular… Pulau Kapas Berbahaya?

oleh AK-47
09/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEDIA sosial baru-baru ini heboh dengan penyebaran gambar nelayan berjaya menangkap seekor ikan jerung di sekitar Taman Laut Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Gambar itu lantas menjadi tular serta menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak yang berpendapat kawasan pelancongan tersebut sudah tidak selamat untuk disinggahi.

Lebih parah, para pelancong yang berhasrat ke pulau itu juga dinasihati untuk menangguhkan percutian.

Bagaimanapun, dakwaan bahawa ikan pemangsa itu terdapat di kawasan perairan itu dinafikan Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN).

Menurut pengarahnya, Muhammad Nur Ashry Bassari, berita yang tersebar itu itu tidak tepat kerana jerung itu ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu melebihi satu batu nautika dari perairan berkenaan.

“Sebaik dimaklumkan mengenai berita itu, saya meminta pegawai menyiasat dengan merujuk kepada operator pelancongan dan nelayan sebelum mendapati jerung itu ditangkap di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas dan dinaikkan bersama hasil tangkapan lain di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Negeri (LKIN) Marang.

“Ada yang mengambil gambar jerung itu dan menyebarkannya hingga menjadi viral dengan menyatakan ikan itu kini mengganggu perairan pulau pelancongan itu,” katanya kepada BH Online.

Berikutan itu, Nur Ashry meminta orang ramai tidak bimbang dengan perkara itu dan pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan susulan penemuan jerung di perairan negeri itu demi keselamatan orang awam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jerungpulau kapasterangganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerung Ganas Di Great Barrier Reef, Lelaki Terbunuh

06/11/2018
0

SYDNEY - Seorang lelaki maut akibat diserang jerung di kawasan tumpuan pelancong di Great Barrier Reef, yang mana ini merupakan...

Polis Temui Semula Jerung Curi

01/08/2018
0

CHICAGO - Polis Texas berjaya menemui semula jerung kecil yang diseludup keluar dari akuarium dalam kereta sorong bayi oleh tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd