• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Restoran Nasi Kandar Kotor Ditutup

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran terkenal di Jalan Penang, di sini diarah tutup selama dua minggu mulai petang ini selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Satu lagi restoran di jalan sama turut dikenakan kompaun RM1,340 atas kesalahan premis kotor dan tiga pekerja yang tidak mendapatkan suntikan tifoid yang wajib diambil setiap pengendali makanan.

Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Ong Ah Teong berkata kedua-dua premis yang diarahkan tutup itu didapati kotor kerana terdapat najis dan bangkai tikus selain lipas yang mati di dalam peti sejuk.

“Penutupan akan dibuat selepas pukul 3 petang disebabkan kesalahan premis yang mempunyai najis tikus dan lipas yang dekat dengan tin minuman yang amat berbahaya kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi pemeriksaan kebersihan premis makanan di sini, hari ini.

Dua Restoran Nasi Kandar Kotor Ditutup

Operasi bermula 10 pagi itu melibatkan MBPP dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

Ong berkata kedua-dua premis itu diberi tempoh dua minggu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“Selepas seminggu pengusaha premis ini boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Pulau Pinang untuk datang semula membuat pemeriksaan dan jika didapati bersih dan memuaskan mereka dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Ong berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya sebulan dua kali selepas ini. – BERNAMA

 

Tags: nasi kandarrestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

20/01/2024
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd