• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diplomat Malaysia Sehelai Sepinggang Cuba Keluar

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA 11 rakyat Malaysia di Pyongyang siap sedia menghadapi sebarang situasi susulan keputusan kerajaan negara itu melarang mereka meninggalkan Korea Utara berkuat kuasa serta merta.

Mohd. Nor Azrin Md Zain, yang juga penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, berkata, mereka masih lagi menjalankan tugas seperti biasa namun menunggu arahan Wisma Putra di Putrajaya dari semasa ke semasa.

“Pada saya, keadaan memang terkawal. Sekarang tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Bergantung kepada arahan, kalau kita disuruh kemas, kita akan terus kemas.

“Jadi, buat masa ini kita masih lagi menunggu. Apabila perkara seperti ini berlaku, sudah tentu kita telah bersiap sedia tetapi itu secara personal lah,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mohd. Nor Azrin yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di misi Malaysia di Pyongyang dihalang ketika cuba meninggalkan Korea Utara bersama-sama dengan isteri, Iza Karmila Ramli dan tiga orang anak mereka.

Difahamkan Mohd. Nor Azrin serta isteri, dan anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan Pyongyang untuk pulang ke tanah air semalam.

Mereka sekeluarga bagaimanapun terkandas di terminal perlepasan apabila dihalang oleh pegawai imigresen Korea Utara dan diarahkan kembali ke pejabat canseri Malaysia terletak di Munhung-dong, daerah Taedonggang.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, Mohd. Nor Azrin sekeluarga dilaporkan sudah bergegas ke lapangan terbang berkenaan tanpa membawa sebarang beg pakaian atau barangan peribadi lain.

Pada ketika ini, keluarga Mohd. Nor Azrin dilaporkan hanya mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar pegawai diplomatik tersebut dan keluarganya itu dapat selamat pulang ke Malaysia akhirnya.

Baca: Kedutaan Malaysia Bakar Dokumen, Turun Bendera

Diplomat Malaysia Sehelai Sepinggang Cuba Keluar
Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan Pyongyang

Menurut Mohd. Nor, beliau bersama-sama kakitangan yang lain hanya mengetahui perintah arahan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara komunis itu menerusi laman sesawang agensi berita rasmi Korea Utara iaitu KCNA.

Menerusi perbualan telefon itu, Mohd Nor memberitahu, terdapat kakitangan yang kemudian segera menghubungi ahli keluarga masing-masing di Malaysia bagi memaklumkan perkembangan terkini mereka di Korea Utara.

Pada masa sama, beliau meminta semua pihak agar mengikut arahan dan mendapatkan kenyataan Wisma Putra dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kekeliruan fakta membabitkan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia berada di Korea Utara namun enggan dikenali berkata, dia bersama-sama suami dan anaknya dalam keadaan selamat dengan sejumlah rakyat Malaysia yang lain.

“Kakitangan di sini bekerja seperti biasa. Setakat ini, tiada apa-apa yang menakutkan, semua berjalan seperti biasa, seperti hari-hari sebelum ini. Alhamdulillah, semua okay,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 11 rakyat Malaysia termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu di Korea Utara dalam keadaan selamat. – Agensi

Tags: Korea Utararakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Dirogol, Dipukul Sebab Hilangkan Dompet

Next Post

Diusir Keluar Malaysia Tetapi Tetap Tenang

Related Posts

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

16/02/2025
0

BANGKOK - Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

05/01/2025
0

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi...

Next Post

Diusir Keluar Malaysia Tetapi Tetap Tenang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd