• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Sekurang-kurangnya dua penumpang perempuan yang memakai ‘legging’ tidak dibenarkan menaiki penerbangan United Airlines pada Ahad lalu.

Ini kerana mereka tidak mematuhi kod pakaian penumpang, kata operator penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Menurut satu siri kenyataan penumpang lain di Twitter, yang memperkenalkan diri sebagai pengasas kumpulan penyokong kawalan ke atas senjata api, dua penumpang itu diminta untuk menukarkan pakaian.

Mereka juga diberi pilihan untuk menutupi ‘legging’ dengan pakaian lain sebelum dibenarkan untuk menaiki penerbangan domestik dari Denver ke Minneapolis.

“Penumpang-penumpang pada pagi ini merupakan pemegang ‘pas perjalanan’ United yang tidak mematuhi polisi kod pakaian kami untuk perjalanan,” kata syarikat itu di Twitter berikutan insiden tersebut tular di media sosial.

Dalam kicauan lain sebagai tindak balas kepada soalan daripada pengguna media sosial, syarikat penerbangan itu berkata: “Pakaian kasual untuk penumpang bertiket dibenarkan. Penumpang pada hari ini merupakan pemegang ‘pas perjalanan’ United dan mengikut garis panduan berbeza.”

Pemegang ‘pas perjalanan’ United merupakan kakitangan syarikat penerbangan itu atau ahli keluarga mereka.

Seorang penumpang, Shannon Watts menyuarakan pandangannya di Twitter apabila memaklumkan mengenai larangan terhadap salah seorang penumpang yang merupakan budak perempuan berumur 10 tahun kerana memakai ‘legging’.

Watts berkata, budak perempuan itu dibenarkan menaiki penerbangan mereka selepas menukarkan pakaian atau memakai pakaian lain bagi menutupi ‘legging’ mereka.

“Tindakan ini adalah seksis dan bersifat seksual terhadap budak perempuan,” kata Watts di Twitter. – Reuters/mStar Online

Tags: gadispesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpulan Ibu Rusuh Bakar Kedai Arak Di Kampung

Next Post

Cuepacs Tampil Sokong Cuti Bersalin Sebulan Untuk Bapa

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

Cuepacs Tampil Sokong Cuti Bersalin Sebulan Untuk Bapa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd