• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dicekup Khalwat Bersama 2 Lesbian

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan yang mengaku pasangan lesbian dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Jalan Kemajuan, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12.50 tengah malam itu, lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci kereta mendakwa baru tiga hari menumpang di rumah sewa milik dua gadis tempatan berusia 18 dan 20 tahun.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan penguat kuasa syariah daerah hasil maklumat awam kehadiran lelaki terbabit di rumah sewa pasangan berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki terbabit memaklumkan baru mengenali dua gadis terbabit melalui rakannya dan menginap di rumah berkenaan sementara menunggu mendapat kerja baru.

“Ketika disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka pasangan lesbian,” katanya.

Wan Mohd berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Katanya, mereka kemudian dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangan diambil sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan. – myMetro Online

Tags: kes khalwatlesbian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

Akta 355 Bakal Dipinda, Hukuman Lebih Berat Untuk LGBT

19/01/2021
0

KOTA BHARU - Kerajaan bercadang untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd