• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Pindaan Akta Kebankrapan 2016

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 yang antara lain memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial dilulus Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rang undang-undang itu merupakan satu pembaharuan yang mewujudkan sistem yang lebih adil kepada golongan tersebut.

“Sebab bila kita tengok definisi penjamin sosial itu…dia bukannya penjamin berasaskan keuntungan, tapi dia menjamin kerana pinjaman biasiswa, penyelidikan, itu sebenarnya kita tengok dalam definisi,” katanya ketika menggulung rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, beliau berkata penjamin sosial masih berhadapan dengan proses undang-undang yang lain bagi mengelak mereka menyalahgunakan pindaan undang-undang ini.

“Mungkin dia tidak dibankrapkan, tetapi tindakan lain masih berjalan, Akta ini tidak kata sebab dia penjamin sosial, semua tindakan tidak boleh diambil,” katanya.

Terdahulu, ketika membentang rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, Azalina berkata kerajaan mempertimbang lapan perubahan dasar untuk meminda rang undang-undang itu termasuk menghalang tindakan kebankrapan terhadap penjamin sosial dan menaikkan nilai minimum kebankrapan.

Dalam pada itu, Azalina berkata pindaan rang undang-undang itu tidak tertakluk kepada penjamin sosial yang telah dibankrapkan sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya rang undang-undang berkenaan memberi perlindungan kepada penjamin sosial melalui pindaan Seksyen 33B menerusi empat kategori bankrap yang boleh dilepaskan atas budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi tanpa bantahan pemiutang.

“Dalam keadaan penjamin sosial belum dibankrapkan, dengan kuat kuasa rang undang-undang ini penjamin sosial tidak boleh dibankrapkan,” katanya.

Namun, katanya Ketua Pengarah Insolvensi masih tertakluk kepada mahkamah dalam mengeluarkan sijil pelepasan bankrap.

Sidang Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman SaidRang Undang-Undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd