• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Dr. M-Nazri: Polis Tak Terima Permohonan Permit

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan  pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. – BERNAMA

Tags: debat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd