• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Jubah & Tudung, Penganggur Dipenjara 3 Hari

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit batuk kering. – BERNAMA

Tags: curidipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd