• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Corak Tatu Bukan Bukti Tentukan Identiti Kim Chol

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Corak atau tanda kekal pada tubuh seperti lukisan tatu tidak boleh digunakan sebagai bukti pengesahan identiti dalam siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol pada 13 Februari lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini.

“Tidak boleh”, itu jawapan ringkasnya apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mencadangkan bahawa identiti Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, boleh dikenal pasti melalui lukisan tatu pada badannya.

Khalid yang dihubungi Bernama melalui WhatsApp hari ini bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sebarang tanda kekal atau tatu yang dikesan pada mayat Kim Chol.

Menurut laporan akhbar itu, dipercayai di perut Jong-nam terdapat corak tatu yang memaparkan imej seorang lelaki bersama dua ekor ikan kap Jepun selain satu lagi corak tatu di lengan kirinya, berdasarkan gambar Jong-nam yang dirakam pada tahun 2013 di sebuah hotel di Singapura.

Kim Chol dengan pasport bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970 dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Februari lepas.

Pada 13 Februari lalu, dilaporkan Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di klia2 apabila dua wanita secara tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelbagai Inisiatif Bantu Nelayan Sg. Besar – Budiman

Next Post

Melayari Indahnya Langkawi Di Atas Sea Splash

Related Posts

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

05/09/2017
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi...

Polis Siasat Kes Bendera Indonesia Dicetak Terbalik

22/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang siasat dari semua sudut termasuk unsur-unsur sabotaj berhubung kes kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik...

Next Post

Melayari Indahnya Langkawi Di Atas Sea Splash

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd