• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cakap Rumah 8 Bilik Kecil, Netizen Kritik Aliff Riak

oleh AK-47
11/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA satu Malaysia sudah maklum, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah menjual rumah banglo mewah miliknya di Seksyen 10, Kota Damansara, Selangor kepada rakannya, Nur Sajat yang juga merupakan usahawan kosmetik.

Baca: Banglo Mewah Aliff Syukri Kini Milik Nur Sajat

Memandangkan banglo rekaan ala istananya bernilai RM20 juta itu sedang dalam pembinaan, pengasas D’Herbs ini khabarnya kini menetap di rumah persinggahannya di sebuah kampung.

Perkara itu didedahkan oleh Aliff, 29, menerusi laman Instagramnya, semalam.

Pun begitu, posting Aliff itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang ramai yang mengkritik jutawan terkenal itu sebagai individu yang riak.

Rumah semntara saya semntra nak tunggu rumah baru saya siap dibina.. . . disini sunyi dan sejuk memng kekok sikit duduk sini pada awalnya sbb size rumah ni agak kecil sedikit memang ada 8bilik tp bilik kecik2 ..3bilik utk simpan baju shaja situlah bilik maid 4org, anak 3org..tukang kebun lagi…. tp nak buat mcm mana kan..dugaan nak tunggu rumah baru siap…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Mar 8, 2017 at 5:10pm PST

Ini gara-gara kenyataan Aliff dalam posting itu yang menyifatkan dia kurang selesa tinggal di rumah persinggahan lapan bilik itu ekoran saiznya yang kecil.

“Rumah sementara saya sementara nak tunggu rumah baru saya siap dibina.

“Di sini sunyi dan sejuk memang kekok sikit duduk sini pada awalnya sebab size rumah ni agak kecil sedikit memang ada 8 bilik tapi bilik kecik-kecil.. 3 bilik untuk simpan baju sahaja situlah bilik maid 4 orang, anak 3 orang.. tukang kebun lagi…. tapi nak buat macam mana kan..dugaan nak tunggu rumah baru siap…,” tulisnya.

Tidak sekadar dilabel riak, netizen turut menyifatkan jutawan itu tidak bersyukur dengan rezeki yang dikecapinya kini.

Menurut netizen, Aliff jauh lebih bertuah kerana memiliki rumah untuk berteduh berbanding dengan sesetengah individu yang hidup mengemis dan tidur tanpa beralas mahupun berbumbung.

Difahamkan, kerana kecewa dengan sikap jutawan itu, ada pengikutnya bertindak ‘unfollow’ laman Instagram Aliff.

Sementara itu, Aliff menerusi posting terbaharunya memohon maaf kepada masyarakat Malaysia berhubung isu tular tersebut.

Saya mohon maaf…ini jawapan saya kpd wartawan dan natizen..Viral issue rumah kecil.. . . Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung sy ini utk semntara waktu sementara menunggu rumah baru sy siap.. dan issue viral rumah yg sy katakan kecil 8 bilik ini sbb sblum ini rumah ini kelihatan cntik sbb bilik yg ada kelihatan cntik tnpa ada baju yg bnyak dan serabut .. . . Saya tak sengaja dan niat sy hanya nak share apa yg sy rasa ketika ini kpd rakan media sosial sy dan sy tak sangka ia menjadi issue .. sy mohon maaf jika ada yg terasa hati dan terainggung dgn stetmen sy sblum ini🙏🏻🙏🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Mar 9, 2017 at 6:50am PST


“Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap.

“Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak share apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial saya dan saya tak sangka ia menjadi issue.. saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini,” antara tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aliff Shukri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Didakwa Menyamar Pegawai Polis Tipu ‘Datuk’

Next Post

Pengawal Didakwa Miliki Sebutir Peluru Diikat Jamin

Related Posts

Netizen Mulut Lahar, Tuduh Isteri Aliff Buat Maksiat

27/06/2017
0

KECOH... Satu video 'live' yang dirakam isteri pengasas kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahidah kini menjadi tular...

Pembantu Peribadi Aliff Syukri Kemalangan

23/06/2017
0

SELEPAS diuji dengan kisah pembantu rumahnya curi dan bawa lari ribuan ringgit miliknya, usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali dikejutkan...

Next Post

Pengawal Didakwa Miliki Sebutir Peluru Diikat Jamin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd