• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Tuju Status Tu Kat Rita” – Donna Muslim

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, Mynewshub ada menyiarkan artikel mengenai sekeping foto tupai bertulis, ‘sepandai-pandai tupai meloncat, akhirnya jatuh juga’ yang dikongsikan pengacara Donna Muslim di laman Instagramnya.

Baca: Status Sindiran Donna Di IG, Dituju Untuk Rita Rudaini?

Netizen mula membuat telahan sendiri bahawa status Donna itu dikatakan sebagai menyindir rakan artis, Rita Rudaini yang sebelum ini pernah rapat dengan jejaka tersebut.

Status berkenaan dikatakan cukup kena dengan situasi terkini melibatkan aktres itu yang didakwa merupakan insan ketiga menyebabkan pergolakan dalam rumah tangga penyanyi dan pelakon Aqasha.

Mengulas mengenai hal itu, Donna dipetik BH Online berkata, “Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan. Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya (Rita).”

“Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu. Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalah tafsirkan,” katanya yang merupakan hos program hiburan H!Live.

Kontroversi melibatkan Rita dan Aqasha menghiasi berita hiburan sepanjang minggu lalu apabila aktres itu didakwa sebagai wanita yang mengganggu keharmonian rumah tangga Aqasha dan isterinya, Baizura Sabri.

Baizura menerusi posting Instagramnya sebelum ini menulis status memberi bayangan wanita berusia 40-an dan pernah dua kali berkahwin merupakan insan ketiga tersebut.

Juga: Rita Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Aqasha?

Namun, status itu telah dipadamkannya sejurus ia menjadi hangat di kalangan pengikut laman Instagramnya.

Setakat ini, Rita dan Aqasha belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab segala kontroversi yang mengaitkan diri mereka berdua. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: AqashaDonna MuslimpelakonRita Rudainiselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mercedes-Benz Akan Patuhi Prosedur Jika Perlu Penarikan

Next Post

BR1M, Usaha Ikhlas Bantu Ringankan Beban Rakyat

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

BR1M, Usaha Ikhlas Bantu Ringankan Beban Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd