• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘BoboiBoy’ Filem Malaysia Pertama Tembusi Korea

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM animasi BoboiBoy The Movie arahan Nizam Razak sekali lagi memecah rekod industri hiburan apabila menjadi filem tempatan pertama berjaya menembusi pasaran Korea Selatan.

Filem karya Animonsta Studios Sdn. Bhd., atau kini dikenali sebagai Monsta ini akan mula ditayangkan di lebih 100 pawagam di Korea Selatan, mulai hari ini.

Menurut Ketua Penjenamaan dan Pemasarannya, Faiz Zainal Aabidin, Korea merupakan negara kelima menayangkan filem BoboiBoy selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Kita biasanya mendengar hanya filem atau drama Korea yang dibawa masuk ke negara ini, namun jarang sekali ataupun belum ada filem Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan.

“Justeru, perkembangan ini sesuatu yang boleh dibanggakan oleh industri perfileman tempatan, khususnya dalam sektor animasi negara,” katanya seperti yang dipetik di BH Online.

Tambahnya lagi, kutipan kasar untuk tayangan di empat negara sebelum ini sudah pun mencecah lebih RM19 juta.

Oleh itu, pihak Mosta yakin kutipan tiket di Korea nanti mampu menjadikan BoboiBoy: The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: boboiboy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Noor Hisham Muncul ‘Adiwira Baharu’ BoBoiBoy

23/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang dikenali sebagai CAPP, kata “adiwira baharu” siri animasi popular...

Trailer Boboiboy The Movie 2 Cecah 1.5 Juta Tontonan

12/03/2019
0

JUMAAT lalu, trailer filem animasi kedua Boboiboy The Movie telah ditayangkan di YouTube serta beberapa laman media. Rata-rata peminat memuji kualiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd