• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Peguam Bebas Tuduhan Pecah Amanah

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bekas peguam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas pertuduhan pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Mohtarudin Baki, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan R. Arunachalam atas pertuduhan itu.

Hakim Mohtarudin, yang mempengerusikan panel itu, sebulat suara memutuskan rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit.

Beliau berkata sabitan terhadap Arunachalam adalah tidak kukuh dan seterusnya mengekalkan keputusan untuk membebaskannya.

Arunachalam, 72, dilihat memeluk peguamnya Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin selepas mahkamah menangguhkan prosiding.

Arunachalam didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Januari 2014, atas pertuduhan pecah amanah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Dia didakwa melakukan pecah amanah di Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini antara 15 Okt, 2009 dan 31 Dis, 2009, melibatkan hartanah RM2.14 juta, yang mana dia merupakan seorang pemegang amanah.

Arunachalam juga didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui 10 transaksi di cawangan Maybank Berhad dan Affin Bank Berhad di Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, antara 15 Okt, 2009 dan 18 Nov, 2009.

Dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan pecah amanah, serta hukuman penjara antara satu bulan dan dua tahun bagi setiap 10 pertuduhan pengubahan wang haram, dan diarahkan menjalani hukuman penjara serentak.

Dia juga didenda RM3.9 juta bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi pada tahun lepas membenarkan rayuannya dan melepas serta membebaskannya, menyebabkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Arunachalam, seorang peguam selama 33 tahun, dipecat pada Mac 2011 daripada firmanya, Arun & Co. Dia membuat rayuan tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izwa Tonie.

Selepas keputusan itu, Kamarul Hisham memberitahu pemberita Mahkamah Rayuan telah memberi keadilan kepada anak guamnya. – BERNAMA

Tags: Bekas Peguam Bebas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Peguam Didakwa Pecah Amanah

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah...

Pecah Amanah: Bekas Peguam Dipenjara 7 Tahun

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang bekas peguam dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi kesalahan pecah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd