• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAE, Airod Baharui Penyelenggaraan Hawk

oleh AK-47
22/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Syarikat aeroangkasa dari British, BAE Systems Plc, memperbaharui perkongsiannya dengan syarikat menyelenggara, membaik dan membaik pulih (MRO) pesawat tempatan, Airod Sdn Bhd, bagi mempertingkat kumpulan pesawat Hawk MK208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengarah Program Hawk BAE Systems Mike Swales berkata peningkatan sistem avionik itu adalah bagi melengkapkan Hawk dengan teknologi terkini dan memastikan pesawat itu memenuhi keperluan operasi pada masa hadapan.

“BAE Systems akan melaksanakan kerja mereka bentuk, mengeluar dan kerja-kerja pensijilan dengan Airod bertanggungjawab terhadap integrasi sistem ke dalam pesawat di bawah kontrak tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran dokumen antara kedua-dua syarikat tersebut di sini hari ini.

Swales menandatangani MoU tersebut bagi pihak BAE Systems manakala Airod diwakili oleh Pengarahnya Datuk Edron Hayata Ahmad.

“Perkara penting di sini ialah pemindahan teknologi ke Airod. Kami masih di peringkat perbincangan tentang nilai sebenar, oleh itu adalah tidak wajar untuk membincangkannya pada masa ini,” katanya.

Pengarah Urusan BAE Systems Malaysia John Brosnan berkata perkongsian yang diperbaharui itu akan mengukuhkan usaha kerjasama semenjak TUDM mula membeli pesawat Hawk.

“Airod dan Hawk sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain selama 25 tahun, dan dengan memperbaharui perkongsian akan memastikan kami dapat meningkatkan keupayaan pesawat dan memanjangkan jangka hayatnya bagi memberi nilai terbaik untuk pesawat TUDM,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: LIMA 2017pesawat Hawk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

H5N1: JPVK Lupus 35,999 Unggas, 14,330 Telur

Next Post

58 Sertai WDP Dilantik Ahli Lembaga Pengarah

Related Posts

Dewan Rakyat : Pesawat Hawk 108/208 Dalam Proses Penggantian

25/11/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulakan proses penggantian pesawat Hawk 108/208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan meluluskan perolehan...

TUDM Tubuh Jawatankuasa Siasat Nahas Pesawat Hawk

18/11/2021
0

PETALING JAYA - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat nahas pesawat pejuang Hawk 108...

Next Post

58 Sertai WDP Dilantik Ahli Lembaga Pengarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd