• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Pemandu Kontena Putus 2, Kemalangan Di SKVE

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemandu kontena maut dengan badannya terputus dua apabila lorinya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori lagi di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, separuh badan mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu kontena itu manakala separuh lagi ditemukan di sebuah lori lain yang membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG).

Menurutnya lori ketiga pula membawa muatan cecair kimia jenis Toluene (UN1294).

“Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana lori mangsa terbakar dan turut berlaku kebocoran pada tangki yang bermuatan cecair kimia.

“Pasukan Hazmat kini menjalankan operasi bagi mengawal tumpahan bahan kimia berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata dua lagi pemandu lori lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.

Kesemua lori terbabit sedang menuju ke Pulau Indah di Pelabuhan Klang, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan lori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Parlimen Ucap Tahniah Kepada Chong Wei

Next Post

Kes Bot Karam Pindah Ke Mahkamah Pelancongan

Related Posts

Kelindan Maut, 3 Cedera Kemalangan Dua Buah Lori

23/11/2021
0

KULAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut manakala tiga yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori...

Pemilik Lori Rayu Orang Ramai Pulangkan Susu Diambil

02/08/2019
0

BACHOK - Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, di sini semalam meminta orang ramai yang mengambil...

Next Post

Kes Bot Karam Pindah Ke Mahkamah Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd