• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Perancis Cuba Menetas Telur Pula

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Selepas tinggal dalam arca beruang selama dua minggu dan dalam batu selama seminggu, ahli seni Perancis, Abraham Poincheval kini cuba menetas telur ayam pada Rabu.

Dalam aksi terbaharunya itu, Poincheval, 44, akan meniru ayam dengan mengeramkan 10 telur dengan haba badan sehingga ia menetas dalam sebuah vivarium gelas di Muzium Palais de Tokyo di sini.

Beliau menjangka usahanya itu akan mengambil masa antara 21 hingga 26 hari.

Dalam eksperimennya ini, Poincheval duduk di kerusi dengan telur dalam bekas di bawah kerusi itu.

Mengikut kiraannya, haba dari tubuhnya akan mengekalkan suhu yang diperlukan untuk menetas telur tersebut.

Untuk mengekalkan suhu badan pada tahap tinggi, Poincheval menyelubungi dirinya dengan selimut penebat tebal.

Artis itu hanya boleh berdiri dan meninggalkan tempat itu tidak lebih dari 30 minit sehari untuk menerima makanan yang dibawa kepadanya.

Bagaimanapun, Poincheval tidak akan meninggalkan tempat itu untuk ke tandas dan satu kotak disediakan untuk buang air.

Usaha ini kali pertama Poincheval meneroka dunia kehidupan.

Bulan lalu, Poincheval tinggal di dalam lubang pada batu kapur yang diukir seperti bentuk badan di museum sama di Paris.

Pada April 2014, dia tinggal dalam arca beruang teracu di Muzium Memburu dan Alam Semula Jadi di Paris dan makan cacing serta kumbang untuk mencerminkan pemakanan beruang. – Reuters/myMetro Online

Tags: peliktelur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

12 Maut, 3 Cedera Nahas Van Dan Trak Di Texas

Next Post

3 Bulan Tunang, Ummi Akui Kerap Gaduh Manja

Related Posts

Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin

Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin

01/04/2023
0

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak bercadang mengapungkan harga siling ayam dan telur...

FAMA Melaka Agih 2.4 Juta Telur Bagi Ramadan, Aidilfitri

FAMA Melaka Agih 2.4 Juta Telur Bagi Ramadan, Aidilfitri

21/03/2023
0

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan mengagihkan kira-kira 2.4 juta biji telur ke seluruh semenanjung Malaysia bagi...

Next Post

3 Bulan Tunang, Ummi Akui Kerap Gaduh Manja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd