RANCANGAN Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan negara-negara Komanwel yang maju memberi bantuan teknik oleh kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur. Menerusi rancangan ini, negara kita telah memperolehi faedah di mana negara seperti Australia, New Zealand, Britain dan Canada telah memberi biasiswa kepada pelajar kita untuk menuntut di institusi pengajian tinggi di sana.
Salah seorang anak tempatan yang terpilih adalah Shaharir Mohamad Zain, seorang anak jati Pasir Puteh, Kelantan.
Dari tahun 1953 hingga 1958, beliau mendapat pendidikan awal di SRK Kampong Raja, Pasir Puteh. Pada tahun 1967, beliau lulus cemerlang untuk Peperiksaan Kemasukan Khas Universiti Malaya (Aliran Sains), dan juga memperoleh sijil GCE Cambridge University (Aliran Sains).
Berbekalkan latar awal pendidikan ini, Shaharir mencuba nasib sebagai kumpulan awal bagi aliran sains tingkatan 6, yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
Pada tahun 1967, Shaharir mendapat biasiswa Rancangan Colombo dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di luar negara.
Shaharir merupakan pelajar perintis dari aliran Melayu yang dihantar ke seberang laut.
Pada tahun 1971, beliau memperoleh B.Sc Hons Kelas II Atas dalam bidang Matematik Tulen dan Gunaan dari La Trobe University dengan menyelesaikan tesis yang berjudul, ‘Dirac Monople’. Selain itu, beliau juga memperoleh Diploma in Education dari universiti yang sama.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mendapat tawaran sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tidak lama kemudian, sekali lagi beliau mendapat tawaran Biasiswa Rancangan Colombo untuk melanjutkan pelajaran pasca-siswazah di universiti yang sama.
Pada tahun 1975…baca selanjutnya di sini (klik)