• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta 355: PAS Jelaskan UMNO Tak Tipu

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menafikan parti itu ditipu oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menjelaskan, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu kerajaan yang mungkin akan membentangkan pindaan akta tersebut di Dewan Rakyat baru-baru ini cuma satu “option” bagaimana ia akan dibentangkan di Parlimen.

Justeru, katanya, PAS tiada masalah dengan pengumuman Najib semalam dan wakil PAS akan menjadi pihak yang membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini melalui Rang Undang-Undang Persendirian (RUU).

“Bezanya cuma jika kerajaan yang bentang maka ia jadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan.

“Kedua-dua menjadi “option” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda. Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin menerangkan, pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri ada membuat kenyataan mungkin kerajaan yang akan membentangkan pindaan Akta 355 di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 tahun ini.

Jelas beliau, PAS melihat kenyataan Ahmad Zahid itu yang bermaksud ia sebagai satu “option” yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, semalam Perdana Menteri memutuskan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta 355 tersebut di Parlimen yang bermaksud memberi laluan kepada PAS untuk membentangkannya.

“Apabila Timbalan Perdana Menteri kata kerajaan yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka (Pakatan Harapan) meloncat tidak ketahuan punca kononnya PAS kena kencing dengan UMNO. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa pindaan Akta 355 ke Parlimen, sepantas kilat kerajaan “take over”.

“Jika PAS bentang, mereka kata pula PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan sahaja yang membentangnya ke Parlimen? Bukankah UMNO menyokong maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS. Pada mereka serba tidak kena,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASRUU 355UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd