• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lonjakkan Lagi Usaha Untuk Transformasi Digital

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia akan terus mendigitalkan lagi operasi perniagaan dan perkhidmatan sebagai sebahagian aspirasinya untuk berubah kepada sistem penerbangan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata sumber AirAsia adalah bersumberkan digital memandangkan ia bermula dengan Internet dan menjadi syarikat penerbangan yang berasaskan media sosial.

“Dari segi bagaimana mendigitalkan syarikat penerbangan ini, bagi penilaian saya, kami hanya mencapai kira-kira 30 peratus, namun banyak yang masih lagi di belakang kami.

“Saya berharap menjelang akhir 2018, kami akan mencapai lebih 70 peratus digital,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran ‘Airvolution 2017: Menerajui Inovasi di ASEAN’, acara hackathon yang julung kali diadakan oleh syarikat penerbangan itu, di sini, hari ini.

Katanya, beliau mahu menyaksikan lebih banyak penggunaan Internet Kebendaan, analisis data raya dan lebih banyak operasi tanpa kertas dalam operasi dan perkhidmatan AirAsia, apabila syarikat menjadi lebih digital.

Ia, katanya, akan memberi penjimatan kos yang besar, serta mempertingkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, sekali gus menjana lebih banyak perolehan pada masa depan.

Fernandes berkata, hackathon itu diperkenalkan setelah beliau mendapati syarikat penerbangan itu tidak bergerak cukup pantas ke arah digital dengan memanfaatkan sumber dalaman, serta syarikat teknologi dan maklumat utama.

“Jadi, bersama-sama mereka yang muda dan inovatif, kami berharap dapat menyaksikan idea-idea baharu untuk membantu kami,” katanya.

25 pasukan pembangun mengambil bahagian dalam acara dua hari itu.

Berbeza daripada hackathon lain yang bertujuan penggodaman am, AsiaAirvolution 2017 menumpukan kepada mencari penyelesaian yang boleh membantu menangani masalah dalam pasaran syarikat penerbangan itu.

Acara hari ini, ditaja oleh Microsoft, AirAsia Santan, Program Kesetiaan AirAsia BIG, antara lain, terbuka kepada peserta tanpa mengira warga negara yang kini tinggal di mana-mana 26 negara berada dalam jaringan luas AirAsia.

Syarikat penerbangan itu berkata, penyelesaian yang dihantar semasa acara itu akan dinilai oleh panel pakar teknologi dan penerbangan untuk memilih yang terbaik, berdasarkan keaslian, kebolehskalaan dan pelaksanaan.

Pemenang akan diumumkan esok dan bakal menerima hadiah wang tunai, mata ganjaran AirAsia BIG dan penerbangan pergi balik secara percuma ke destinasi AirAsia pilihan mereka, menurut AirAsia. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd