• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dataran 1Malaysia Di Klebang Bebas Rotavirus

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka hari ini mengesahkan tiada jangkitan Rotavirus yang berpunca daripada air pancut di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata hasil dua ujian makmal terhadap sampel air pancut yang diambil dari kolam berkenaan adalah negatif dan ia bebas daripada kehadiran virus yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Katanya sehingga kini pihaknya belum menerima laporan kes baharu jangkitan Rotavirus berkenaan.

“Jabatan Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai aspek pencegahan bagi mengelak orang ramai mandi di kolam tersebut memandangkan ia bukan tempat untuk mandi,” katanya kepada Bernama.

Beliau mencadangkan agar PBT memperketatkan penguatkuasaan larangan orang ramai mandi di kolam tersebut.

“Sekiranya pihak PBT ingin menjadikan kolam tersebut sebagai tempat mandi, pemantauan kualiti air perlu dilakukan dan kami sedia memberi pandangan mengenai sistem rawatan air yang sesuai bagi menjaga kualiti air untuk keselamatan orang ramai,” katanya.

Ghazali berkata bidang kuasa pihaknya adalah memantau kualiti air yang dirawat untuk kegunaan sebagai air minuman sahaja.

Katanya jika PBT ingin mengekalkan status kolam air pancut itu dan bukannya sebagai tempat mandi, mereka tidak perlu menaik taraf sistem penjagaan kualiti air yang sedia ada namun perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memantau larangan membenarkan orang ramai mandi di kolam tersebut.

Sebelum ini tular di laman sosial bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang bermain di air pancut berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat dijangkiti Rotavirus. – BERNAMA

Tags: MelakaRotavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung

Next Post

Malaysia, Indonesia Maju Ekonomi Di Sempadan

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Malaysia, Indonesia Maju Ekonomi Di Sempadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd