• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Produk Kosmetik Dikesan Beracun – KKM

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata produk kosmetik yang didedahkan ini mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Kelapan produk kosmetik berkenaan adalah seperti berikut:

  • Moleek Day Cream
  • Adel Miracle Flawless Serum
  • Ah Beauty Night Cream
  • NDZ UV Whitening
  • Snow Cream Norma
  • Snow Cream Sensitif
  • Dnars Nar Cream-Sensitif
  • Ellfie Night Cream

Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

“Mereka turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan empat kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya memetik Berita Harian.

Dr. Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

“Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, “ katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Kementerian KesihatanProduk Kecantikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

17/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd