• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Individu Ditahan Terlibat Aktiviti Daesh

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh dalam operasi khas dari Rabu lepas hingga semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi yang dijalankan di Sabah dan Selangor oleh bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman itu membawa kepada tertangkap tujuh individu yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita.

Suspek berumur antara 18 hingga 53 tahun terdiri daripada dua warganegara Malaysia, tiga warganegara Filipina bertaraf pemastautin tetap Malaysia dan dua warganegara Filipina.

“Penangkapan pertama dilakukan pada 8 Mac di Kota Kinabalu melibatkan dua lelaki iaitu seorang waraganegara Filipina yang berusia 18 tahun yang merupakan anggota kumpulan pengganas Daesh dan seorang lagi merupakan pemastautin tetap warganegara Filipina berumur 27 tahun,” kata Khalid.

Khalid menjelaskan warganegara Filipina itu merupakan anggota Daesh yang berbaiah dengan Isnilon Hapilon iaitu Amir kumpulan Daesh di selatan Filipina manakala warga Filipina berstatus pemastautin tetap itu pula bertanggungjawab mengumpul dana kepada Dr Mahmud Ahmad dan Mohamad Joraime Awang Raimee iaitu rakyat Malaysia yang telah menyertai Daesh sejak 2014 di selatan Filipina.

Menurut Khalid, tangkapan kedua dilakukan pada 9 Mac lepas melibatkan dua warganegara Filipina berstatus pemastatutin tetap – wanita berumur 53 tahun dan lelaki 40 tahun yang membantu penyusupan masuk tiga anggota Daesh Indonesia ke selatan Filipina melalui Sabah.

Sementara itu pada hari yang sama, seorang wanita yang merupakan suspek warga tempatan berumur 31 tahun ditahan kerana terlibat dalam membantu kemasukkan individu yang tidak mempunyai dokumen sah termasuk anggota Daesh dari Indonesia memasuki Filipina melalui Sabah.

“Turut ditahan ialah seorang mekanik wargananegara Filipina berumur 36 tahun di Sandakan kerana merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan Daesh dan pada 12 Mac lepas, seorang lelaki warga tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bertujuan menyertai kumpulan Daesh dengan bantuan Abu Fateh yang merupakan anggota kumpulan Daesh dari Sulawesi, Indonesia,” kata Khalid.

Sebelum ini lelaki berkenaan pernah ditahan oleh pihak berkuasa Turki bersama-sama beberapa anggota kumpulan Daesh warganegara Indonesia.

Beliau berkata ketujuh-tujuh mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) akan juga disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: Daeshkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd