• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Didakwa Rompak KK Supermart

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kedai serbaneka, bulan lepas.

Muhammad Zainuddin Buang, 23, seorang kelindan lori dan Diferazman Hamidi, 23, pekerja hotel, didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan sebilah pisau terhadap Ringku Paramanik, 28, seorang juruwang warga Bangladesh dan merampas wang tunai RM289.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, di Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda, di sini pada 3.38 pagi, 19 Feb lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abdul Zawawi tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan alasan kesalahan itu adalah serius.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan kerana mereka telah berkahwin dan menyara isteri dan anak yang masih kecil.

Hakim Azrul Darus membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu mereka perlu melapor diri di balai polis Ampang pada setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd