• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

172 Pekerja Diselamatkan Selepas ‘Dizalimi’ Datuk

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seramai 172 individu berjaya diselamatkan selepas dipaksa bekerja lebih masa oleh seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah premis pemprosesan dan pemasaran burung walit di Jalan Gedung Nenas, pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun dipercayai pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki memaksa pekerja bekerja lebih masa tanpa dibayar gaji setimpal.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Deputi Superintendan Hadzwan Zulkefle berkata serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama tiga minggu berhubung kegiatan di premis berkenaan.

Serbuan tersebut turut disertai ATIPSOM Bukit Aman; Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor; Jabatan Imigresen Putrajaya dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Hadzwan berkata, hasil pemeriksaan mendapati pekerja yang berusia 18 hingga 30 tahun itu dipaksa bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari dengan bayaran gaji yang tidak setimpal serendah RM200.

“Kami dapati pekerja dipotong gaji melampau, dipaksa bekerja pada hari cuti selain tiada penyata gaji dan surat tawaran pekerjaan.

“Pekerja yang ditemui membabitkan 152 wanita Indonesia, tiga wanita Myanmar dan 17 warga tempatan,” katanya.

Pada serbuan tersebut terdapat seorang pekerja wanita yang berusia 20 tahun pengsan akibat terlalu letih bekerja lebih masa.

Hadzwan berkata, pihaknya merampas pasport, rekod pekerjaan dan dokumen membabitkan kemasukan pekerja asing untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007, Seksyen 39B Akta Imigresen 1957 dan Akta Pekerja. –MYNEWSHUB.CC

Tags: kerjaklangpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anne Sudah Marah…Nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dalam Tulisan Jawi

Anne Sudah Marah…Nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dalam Tulisan Jawi

24/12/2025
0

Apabila Jawi Jadi Isu, Akal Jadi Mangsa Ada orang bila tengok tulisan Jawi, terus naik darah. Bukan kerana tulisan itu...

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd