• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rumah Rosak Dilanda Puting Beliung Di Jitra

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kira-kira 10 buah rumah di Kampung Gelong Rambai, Mukim Jeram, Tunjang, di sini rosak teruk ekoran kejadian puting beliung yang melanda kampung itu petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, angin kencang selama dua minit bukan sahaja menerbangkan keseluruhan bumbung rumah, malah turut merosakkan beberapa bahagian dinding rumah penduduk.

Menurut seorang penduduk, Mohd Daud Bakar, 65, angin kuat itu turut menyebabkan bangsal kayu yang menjadi tempat penduduk kampung belajar ilmu persilatan di sini, roboh.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, berkata ketika kejadian, beliau sedang membaca akhbar, manakala isterinya Robiah Abdullah, 61, dan enam orang cucu berusia setahun hingga lima tahun berada di ruang tamu rumah.

“Saya terkejut apabila pintu rumah diterpa angin kuat hingga saya kena menahan pintu sebelum rebah dipukul angin kencang.

“Ketika itu juga saya dan isteri lari memeluk enam orang cucu di penjuru rumah kerana tidak tahu nak buat apa dan mereka masih kecil, mujur tiada siapa cedera dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sukri Mahmud, 52, berkata beliau kerugian kira-kira RM20,000 apabila perabot dan peralatan elektrik rumah rosak terkena air hujan.

“Saya sedang berehat di atas katil, manakala isteri, Sofiah Abas, 51 dan seorang anak ada di luar rumah, namun dengan tidak semena-mena datang angin kuat hingga menggoncang rumah kami.

“Saya kemudian keluar rumah sambil menjerit kepada isteri untuk menyelamatkan diri sebelum bumbung rumah kami tercabut dan diterbangkan angin,” katanya.

Akibat kejadian itu juga, Sukri cedera pada jari telunjuk kanan selepas menahan bahagian dinding rumah yang jatuh ke arah beliau. – BERNAMA

Tags: puting beliungRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd