• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tergemuk Hilang 30 Kg Sebelum Pembedahan

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA paling gemuk di dunia, Eman Ahmed Abd El Aty, 36, setakat ini telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30 kilogram sebelum menjelang hari pembedahannya yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Dia yang diterbangkan dari tanah kelahirannya di Mesir akan menjalani pembedahan mengecilkan usus di sebuah hospital di India dalam masa terdekat.

Sebelum pembedahan dilakukan Eman terlebih dahulu perlu mengikut diet cecair 1,200 kalori sehari yang disarankan oleh doktornya.

Dietnya itu berkesan apabila dia telah kehilangan sebanyak 30 kg dalam masa lima hari selepas melalui diet tersebut.

Eman sebelum ini mempunyai berat badan 500 kg.

Wanita Tergemuk Hilang 30 Kg Sebelum Pembedahan

Dia pada mulanya menghidap penyakit elephantiasis ketika berusia 11 tahun, penyakit yang menyebabkan tubuh badannya membengkak.

Selepas itu dia hanya terlantar sakit sehingga menyebabkannya menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan hypertension.

Memetik Metro UK, doktor menjangkakan Eman perlu mengurangkan berat badan lebih daripada 300 kg supaya dia muat dibaringkan di tempat pembedahan.

Bagi mendapatkan tubuh ideal untuk menjalani prosedur pembedahan, Eman kini perlu menghadiri dua sesi sehari dengan pakar fisioterapi untuk menguatkan otot-otot badannya serta mendapatkan tidur yang mencukupi bagi tujuan itu.

Sebelum ini, wanita dari Amerika Syarikat Pauline Potter yang mempunyai berat badan 286 kg telah disahkan wanita yang paling gemuk di dunia namun diatasi Eman yang baru-baru ini telah disahkan mempunyai berat 500 kg oleh doktor yang merawatnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berat badangemukIndiaMesirpembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd