• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Selamba Campak Air Mani Di Pasar Raya

oleh AK-47
08/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita menempuh detik hitam apabila dirinya dimalukan oleh seorang lelaki yang selamba mencampakkan air mani pada bajunya dalam kejadian di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Lim Alvin yang sedang membeli barang keperluan pada mulanya menyangka ia hanyalah percikan air, namun mendapati seorang pemuda melepasinya dalam keadaan mencurigakan, seolah-olah cuba lari.

“Ketika sedang melihat salah satu jenama produk, saya dapat rasakan bahagian belakang baju saya lembab dan terdapat sedikit percikan cecair di kaki saya.

“Saya anggap mungkin saya terpijak air yang tertumpah di atas lantai atau cecair sabun yang saya pegang ketika itu terkeluar. Tapi tidak mungkin juga kerana cecair itu saya rasakan di bahagian belakang saya,” tulisnya di laman Facebook.

Mula merasa tidak kena dengan gerak geri lelaki itu, Lim terus mendapatkan bantuan pengawal keselamatan sehingga membuatkan lelaki itu dihalang daripada keluar dari pasaraya berkenaan.

Lelaki terbabit pada mulanya menafikan perlakuan tidak senonohnya kepada Lim sambil menegaskan percikan berkenaan cuma air biasa.

“Apabila ditanya apa percikan yang terkena pada saya dan mengapa dia berbuat demkian, lelaki berkenaan menafikan bahawa dia melakukannya dan ia hanyalah air biasa.

“Namun, pengawal keselamatan itu periksa titisan air di atas lantai dan memberitahu ia adalah air mani berdasarkan bau dan kepekatannya.

“Saya meminta untuk melihat rakaman CCTV dan berjaya merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit sebagai bukti kelakuan lelaki gila seks itu,” katanya.

Video: Selamba Campak Air Mani Di Pasar Raya

Jelas Lim, selepas ‘terkantoi’, lelaki berkenaan kemudiannya merayu agar tidak dikenakan tindakan dan meminta agar dirinya dipukul sebagai balasan di atas perbuatan keji berkenaan.

Setelah mengambil gambar kad pengenalannya, lelaki berkenaan dibebaskan dan Lim ke balai polis untuk membuat laporan.

“Pihak polis memberitahu saya bahawa lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau merakam video bawah skirt gadis secara rambang. Saya memuat naik insiden ini untuk memberi amaran kepada wanita diluar sana perkara ini boleh berlaku dimana-mana, termasuk di pasaraya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: air maniGila Seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita Ditahan

20/02/2020
0

ALOR GAJAH - Seorang lelaki dipercayai gila seks dan gemar mencuri pakaian dalam wanita ditahan selepas melarikan 10 seluar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd