• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial.

Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian.

“Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan rakaman, lelaki berbaju merah itu pada mulanya dilihat sedang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas pendingin hawa.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa secara tiba-tiba ditarik telinga, dipukul pada bahagian kepala dan ditendang sehingga menyebabkan pelajar itu terduduk. Malah, lelaki itu turut melemparkan perkataan ‘bodoh’ terhadap mangsa.

Tindakan guru lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Netizen di media sosial mempertikaikan guru lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman.

Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Gurukes pukul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Bot Nelayan Vietnam Ditahan Di Sandakan

Next Post

Model Mengamuk Diraba Dalam Program TV Live

Related Posts

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

01/05/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Model Mengamuk Diraba Dalam Program TV Live

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd