• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Johor Minta Mat Tere Dibebaskan

oleh
12/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta agar pihak polis membebaskan seorang individu yang direman kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum ini.

Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini dan menitahkan agar Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau dikenali sebagai Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan, agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.

Perkara itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.

“Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

“Baginda turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecah-belahkan rakyat,” kata entri berkenaan.

Mat Tere yang didapati mengalami masalah mental ditahan polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bahru pada 8 Februari lepas.

Penahanan dilakukan selepas polis Johor menerima satu laporan berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor.

Reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan hari ini selepas reman tiga hari yang bermula Khamis lepas berakhir semalam.

Sementara itu Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima titah baginda mengenai pembebasan Mat Tere.

Beliau berkata Tunku Ismail meminta agar pihaknya menggunakan budi bicara supaya tidak meneruskan siasatan kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.

“Pihak polis mendapati suspek (Mat Tere) di dalam kes ini telah diperguna oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu persekitaran yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat TereTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd